MPL MY
MPLMY S13: Selangor Red Giants sukar ditandingi, kembali duduki takhta liga
Perlawanan pertama MPLMY S13 minggu ketiga menyaksikan Selangor Red Giants (SRG) terus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menumpaskan pasukan RSG Malaysia (RSG) untuk merampas semula kedudukan teratas MPLMY.
Perlawanan 1 menyaksikan SRG mudah menumpaskan pasukan RSG dengan secara keseluruhannya Stormie diangkat sebagai MVP menggunakan Hero Cici untuk membantu pasukannya walaupun RSG yang dilihat mempunyai kelebihan dari segi pemilihan Hero seperti Roger, Fredrinn, Benedetta, Vexana, dan Floryn.
Dalam Perlawanan 2 pula menyaksikan saingan sengit diantara kedua-dua pasukan dengan SRG cuba memancing pasukan RSG bermain di Gold Liner, malah serangan yang begitu agresif daripada SRG menyukarkan pasukan lawan itu untuk kembali bangkit dan meraih kemenangan.
Kemenangan bersih itu sekaligus menyaksikan Selangor Red Giants meneruskan rentak cemerlang dengan Yums sekali lagi menjadi Most Valuable Player dalam keseluruhan perlawanan untuk meletakkan mereka kembali mendaki tangga teratas liga.