Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S13: Rekod cemerlang SRG, Team Haq bakal jadi taruhan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mplmy-srg-team-haq.jpg
Selangor Red Giants dan Team Haq bakal beradu kemampuan dalam usaha untuk mendapatkan kemenangan kedua dalam saingan MPLMY Musim ke-13.



Kedua-dua pasukan tersebut telah meraih kemenangan sulung mereka pada Jumaat yang lalu.

SRG berjaya melakar kemenangan bergaya ke atas juara bertahan, Homebois manakala Team Haq menepis cabaran Bountee. 

Namun, antara Team Haq dan Selangor Red Giants, siapa yang akan meneruskan momentum dominasi di peringkat liga ini?

Selangor Red Giants miliki persiapan yang lengkap, dan Team Haq perlu mencari ruang kelemahan untuk memberikan kelebihan dalam mencipta kemenangan esok.

Saksikan perlawanan pembukaan hari ketiga, minggu pertama MPL MY S13 2024 jam 11 pagi secara langsung di Astro Arena HD saluran 801.

#M6LAYSIA #B6NGKIT #MPLMYS13 #MLBBEsports #NewEra #MLBBMPL #KongsiBersama

Advertisement

Must Watch Video