Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S13: Ambil peluang beraya bersama keluarga sebelum perlawanan besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haq.jpg
Pasukan gergasi Mobile Legend negara, Team Haq turut tidak melepaskan peluang apabila mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga masing-masing di perantauan. 

Izz Daniel ‘Iriz’ menegaskan, ini adalah masa yang sesuai untuknya meluangkan masa bersama keluarga apabila sudah lama tidak pulang ke rumah. Iriz juga berkata, peluang ini diambil oleh dirinya bagi memohon restu dari keluarga supaya sentiasa di permudahkan urusan ketika menjalani latihan  dan mendoakan kemenangan buatnya dan pasukan. 

Menerusi Nadi Arena edisi raya sebentar tadi, walaupun cuti yang diberikan agak lama, Team Haq masih bersemangat untuk bermain pada perlawanan akan datang.

Mereka memasang impian untuk mengalahkan  nama-nama besar seperti Selangor Red Giants, Todak dan Homebois. 

Dengan berbekalkan barisan pemain yang serba baru, mereka juga ingin menghabiskan saingan MPL di kedudukan tiga terbaik, kata pengurus pasukan, Muhd Aimanulhaq.

“Musim ini kami dilatih oleh jurulatih dari filipina yang terbukti keberkesanannya.

“Kami didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan yang baru dan kami dapat terokai jenis pelan permainan yang berbeza. Kami mempunyai latihan yang lebih berdisiplin dan akan menjadi lebih baik dari masa ke semasa,” kata Iriz.

Advertisement

Must Watch Video