Skip to main content

E-Sukan

MPLMY: Misi DX Soul tebus maruah di Stadium Juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mplmy.jpg
Minggu ketiga, hari pertama, aksi kedua bakal menyaksikan DX Soul bakal menentang Juara Piala Esports Malaysia, Team Vamos untuk menebus maruah mereka selepas tertewas di tangan Vamos di saingan Final Upper Bracket Piala Esports Malaysia tempoh hari.

Team Vamos raih kemenangan bersih ke atas DX Soul 3-0 di saingan Final Upper Bracket sekaligus mengesahkan slot ke pusingan Grand Final dan menghantar skuad DX Soul ke Final Lower Bracket di mana DX tewas 3-1 di tangan Homebois dan gagal untuk melayakkan diri ke Grand Final.

Baru ini Error 404 telah mencatat debut menyengat di aksi pertamanya bersama Team Vamos dalam saingan MPLMY kali ini. 'Jungler' Team Vamos itu sekaligus meraih gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) dengan mempertaruhkan Hero seperti 'Suyou' dan 'Joy'. 


 


Mampukah DX Soul mengenepikan cabaran Team Vamos dan menubus maruah mereka kali ini? Mampukah Error 404 menjadi duri dalam daging buat Team Vamos sekali lagi?

Advertisement

Must Watch Video