Skip to main content

E-Sukan

MPLMY : Jurulatih baru Ocean Black dari Filipina?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ob.jpg
Pasukan baru musim ke-15 Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY), Ocean Black, difahamkan akan mendapat jurulatih baru dari Filipina.

Ocean Black yang terdahulu dikenali sebagai Miracle Gaming masih dibelenggu kekalahan pada debut pertama mereka di pentas tertinggi e-sukan Malaysia.

Setakat musim keempat, Ocean Black hanya berjaya meraih satu kemenangan menentang DX Soul, namun gagal menundukkan DX Soul apabila tewas dua berbalas satu.

Tular di media social rasmi MPLMY, jurulatih Ocean Black, Farhan Abdul Gafar, atau dikenali sebagai Jangs menyatakan bahawa pasukan bakal mendapat jurulatih baru selepas pengendali mereka, Lionheart, meletakkan jawatannya, baru-baru ini.

 

Jangs menyifatkan jurulatih baru itu sudahpun memulakan tanggungjawabnya di atas talian bersama ahli pasukan lain disebabkan masalah pasport.

"Pasukan kini mempunyai halangan bahasa bersama pasukan dan jurulatih baru itu, bukan semua orang boleh berbahasa Inggeris," katanya.

Ocean Black kini masih berada di dasar carta dengan hanya mampu mengutip satu mata setakat minggu kelima MPLMY. Dengan adanya jurulatih baru, mampukah Ocean Black mengharungi cabaran minggu kelima menentang Monster Vicious dan pasukan teratas liga, Homebois?

Advertisement

Must Watch Video