Skip to main content

E-Sukan

MPLMY: Aero Esports tagih khidmat Hazle

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazl.jpg
Musim ke-16 kita bakal melihat aksi dari pemain RRQ Hoshi, Hazle yang kembali memperkuat pasukan Aero Esports sebagai Jungler utama dengan status pinjaman.

Hazle sebelum ini telah dipinjam di pasukan yang sama dan impaknya sangat positif. Bagi saingan liga, Aero berjaya menduduki tempat ke-4 keseluruhan sekaligus layak ke peringkat kalah mati.

Antara aksi yang sering diingat oleh para peminat tanah air adalah apabila mereka berjaya mencuri satu mata dari gergasi tanah air pada saingan liga. Meskipun mereka tewas 1-2 terhadap SRG.OG, namun saingan sengit yang diberikan oleh mereka ketika itu menunjukkan kekuatan sebenar mereka.

Menuju di saingan playoffs, Aero membuat perhitungan bertemu Team Vamos bagi mengunci slot separuh akhir upper bracket. Hazle antara senjata yang melumpuhkan perjalan Vamos di peringkat kalah mati.

Aero Esports menamatkan saingan musim ke-15 di tempat ke-4 keseluruhan selepas tewas ditangan DXSoul Esports di peringkat separuh akhir lower bracket.

Kini Aero mendatangkan kembali susuk tubuh pemain muda dari Indonesia ini dengan harapan mampu mengecapi satu pencapaian yang lebih baik berbanding musim lalu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video