Skip to main content

E-Sukan

MPLMY 13: Homebois musnahkan peluang Niners ke peringkat kalah mati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

homebois.png
Perlawanan minggu kelima hari pertama MPLMY S13 menyaksikan aksi sengit pasukan Homebois berjaya menewaskan Niners 2-1 dalam tiga perlawanan hari ini untuk menutup peluang pasukan dengan gelaran Burung Hantu itu melangkah ke peringkat kalah mati.

Homebois mendominsai Perlawanan 1 untuk meraih mata penting dengan menggunakan kekuatan utama mereka memusnahkan Turrets pasukan lawan untuk menewaskan Niners malah menyaksikan Sepat yang menggunakan Haro Paquito dipilih sebagai Most Valuable Player (MVP).  

Begitupun, Niners berjaya melakar kebangkitan dalam Perlawanan 2 dengan corak pertahanan yang kukuh untuk menghukum Homebois serta Moonji yang menggunakan Hero Ruby berjaya untuk memperolehi 100% Penyertaan Membunuh pasukan lawan untuk dipilih sebagai MVP.

Homebois menggunakan Hero Harith Fredrinn, Faramis,Arlott dan Benedetta dan Niners menggunakan Hero Luo Yi, Edith, Ling, Minsitthar dan Terizla dalam Perlawanan 3 yang menjadi penentuan selepas seri 1-1.

Niners bermula dengan baik dalam awal permainan Perlawanan 3 tetapi disiplin pasukan juara bertahan itu yang sedang dalam rentak kemenangan jelas sukar diatasi untuk memberikan Homebois kemenangan mudah dengan MVP perlawanan menjadi milik Udil.





Pasukan hitam kuning itu kini berada di tangga kedua dengan 14 mata dan akan berdepan Bountee Esports dan Barracuda dalam baki perlawanan untuk merampas takhta liga MPLMY S13 daripada Selangor Red Giants. 

Niners kini menduduki tangga tercorot liga dengan memiliki baki dua perlawanan untuk melengkapkan jadual perlawanan MPLMY S13.

Advertisement

Must Watch Video