MPL MY
MPL MY S14: SRG mahu pertahan kejuaraan, Udil pula cipta mesej tersembunyi buat rakan yang angkat kaki dari Homebois
Menjelang aksi pembukaan Liga Profesional Malaysia (MPLMY) Mobile Legends, Bang Bang (MLBB), satu perlawanan epik akan berlangsung antara musuh tradisi juara bertahan Selangor Red Giants dan juara musim ke-12, Homebois, pada Sabtu.
Selepas mencipta sejarah termasyhur menjadi juara dunia untuk kali pertama bawa nama malaysia, SRG kini hadir sekali lagi bagi mempertahankan trofi di laman sendiri.
Coach Arcadia selaku jurulatih Selangor Red Giants akui bahawa SRG yang sebelum ini menjadi juara dengan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan musim lalu mampu sekali lagi catat rekod itu dengan barisan pemain yang pastinya meledak dan menyala.
Iklan
"Saya harap ianya bakal berlaku kerana kami pernah melakukannya sebelum ini. Secara asasnya MPLMY adalah sasaran kami untuk catat rekod kejuaraan berturut-turut selepas MSC, Riyadh.
"Besar harapan untuk kami terus cipta sejarah dan kekalkan rekod tanpa kalah sekaligus berjaya pertahan kejuaraan.
"Saya hanya mahukan semua penonton untuk melihat semua persembahan yang akan ditampilkan oleh barisan pemain kami dan kami masih kekalkan pemain yang sama sahaja.
"Namun akan lihat juga jika perlu laksanakan perubahan bergantung kepada situasi pasukan nanti kerana kejohanan ini sangat panjang dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.
Sementara itu, Udil yang bertanggungjawab sebagai midlaner Homebois tampak beremosi apabila persiapan bagi tahun ini sedikit terganggu kerana hampir semua rakan pasukan meninggalakannya.
"Cukup mengganggu kerana yang keluar pun bukan seorang dua namun hampir keseluruhan pasukan dan hanya tinggal saya seorang.
"Kami tidak mahu cakap banyak dan tenmgok sahaja jersi saya, ini ada mesej tersembunyi dan ianya ada kaitan dengan ular.
Must-Watch Video