MPL MY
MPL MY Play Off: CG Esports bawa impian tinggi
Hari kedua play off dijangka lebih menarik apabila salah satu pasukan pilihan untuk layak ke saingan Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY) musim depan, CG Esports dan Pixel Esports bakal berentap.
CG Esports yang dibarisi pemain-pemain cukup berpengalaman dalam kancah Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Malaysia seperti Cikugais dan Garry, ternyata sudah bersedia untuk menampilkan aksi memukau.
Enggan memandang rendah akan potensi pihak lawan, namun mereka yakin mampu mengekalkan rekod cemerlang selepas hanya tewas sekali sepanjang Regular Season.
Iklan
"Kami ingin buktikan bahawa nak ke MPL.
"Kami wajib dan pelik kalau tidak muncul sebagai pasukan nombor satu kerana pasukan ini terdiri daripada bekas pemain MPL.
"Kami tidak tertekan tapi kami cuma boleh berjanji untuk layak sahaja walaupun tidak memandang rendah terhadap lawan, " kata mid laner CG Esports, Muhammad Danial @ CikuGais.
Patch MLBB yang baru dikemas kini sebelum saingan playoff bermula bukan masalah besar buat CG Esports, malah mereka mengakui mudah menyesuaikan diri dengan beberapa perubahan dalam permainan itu.
"Persiapan kami agak bagus sambil saya berharap dapat kembali ke pentas antarabangsa melalui MPL.
"Kami juga melakukan perubahan dan mempunyai beberapa strategi untuk mengharungi peringkat play off ini," kata jungler CG Esports, Muhammad Syafizan Najmi @ Garyy.
Must-Watch Video