Satu era baharu untuk esukan Malaysia! Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia hari ini mengumumkan langkah berani ke "format francais yang dipertingkatkan".
Format baharu ini akan mengambil elemen dari model francais tradisional digunakan oleh liga sukan di peringkat global seperti National Football League (NFL) dan National Basketball Association (NBA). Namun, aspirasi utama liga ini adalah untuk menerapkan satu model unik yang mampu membawa industri esukan Malaysia ke tahap seterusnya dengan menyediakan lebih banyak peluang untuk keseluruhan ekosistem.
MPL Malaysia musim ke-16 akan menjadi musim terakhir bagi liga esukan perintis negara sebelum ia memasuki fasa pertumbuhan seterusnya dengan "format francais yang dipertingkatkan".
Krystal Tan, Ketua Pembangunan Perniagaan untuk Esukan Malaysia di MOONTON Games berkata: "Hari ini menandakan satu pencapaian penting buat MPL Malaysia. Langkah ini akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu harta intelek hiburan terkemuka negara dan membina ekosistem yang lebih mampan untuk pasukan, pemain, serta rakan kerjasama. Dengan pelaburan strategik ke arah kestabilan jangka panjang, kami membuka laluan baharu untuk pembangunan bakat, pertumbuhan komersial, dan penglibatan peminat yang lebih mendalam. Ini akan memastikan MPL Malaysia terus menjadi penanda aras hiburan sukan di Malaysia serta menetapkan standard global bagi kecemerlangan esukan,".
Lebih banyak maklumat mengenai "format francais yang dipertingkatkan" akan dikongsi di masa hadapan.
Kerjasama Syarikat Gergasi (Blue Chip) Menunjukkan Kredibiliti MPL Malaysia Sebagai Peneraju Utama Dalam Hiburan
Pengumuman ini hadir seiring dengan pencapaian luar biasa bagi pertumbuhan Esukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Malaysia. MPL Malaysia secara konsisten berada dalam kalangan liga esukan paling banyak ditonton di seluruh dunia dan memegang rekod penonton serentak tertinggi dengan 870,000 penonton pada tahun lalu, menurut Esports Charts. Pada November dan Disember 2024, Malaysia menghoskan Kejuaraan Dunia M6, menarik perhatian peminat dari serata dunia dan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab esukan di rantau ini.
Bagi meneruskan momentum ini, MPL Malaysia memperkenalkan barisan rakan kerjasama hebat daripada jenama-jenama ternama. Barisan pelbagai industri ini menyerlahkan evolusi MPL Malaysia daripada sebuah liga permainan kompetitif kepada sebuah harta intelek hiburan yang menyeluruh, sekali gus menarik minat jenama dalam bidang teknologi, gaya hidup, automotif, Barangan Pengguna Bergerak Cepat (FMCG). Kerjasama ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan keterlibatan budaya liga ini, tetapi juga peranannya dalam memacu ekonomi esukan Malaysia ke hadapan.