MPL MY
MPL MY: Keymin rampas takhta Rookie minggu ketiga
Selepas berada di kedudukan kelima minggu lalu, Keymin kini berjaya melonjak ke kedudukan teratas carta Rookie di minggu ketiga.
Ia susulan aksi cemerlang yang dipamerkan dengan membantu pasukanya DX Soul menewaskan AERO Esports yang menyaksikan Keymin gah di puncak carta dengan mengumpul 35 mata.
Ia sekaligus menyaksikan pemain itu mengukuhkan statusnya sebagai pemain muda yang semakin menyinar dalam kancah saingan MPL MY Regular Season.
Iklan
Sementara itu mengekori rapat di belakang beliau ialah Diff dari pasukan Ocean Black yang dilihat terus memberikan saingan sengit dan berjaya mengumpul 21 mata.
Pemain Todak, Syhinn pula kini berada di kedudukan ketiga carta Rookie dengan 20 mata keseluruhan.
Manakala pemain termuda dari Team Vamos, Error 404 pula di tangga keempat selepas mengumpul 19 mata.
Must-Watch Video