MPL MY
MPL MY: Homebois tekad cabar gelaran Mobile Legends: Bang Bang Official Malaysia
Saingan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) musim ke-12 bakal menyajikan perlawanan sengit dengan slot ke Kejohanan Dunia M5 di Filipina menjadi rebutan.
Juara bertahan tiga kali berturut-turut, Todak, bersifat positif terhadap cabaran yang bakal dihadirkan sembilan pasukan untuk merebut takhta itu untuk membuat penampilan dalam kejohanan antarabangsa terkemuka berkenaan pada Disember depan.
Menjelang aksi pembuka tirai esok, Todak akan berdepan cabaran awal dalam pertemuan dengan Team SMG iaitu naib juara edisi lalu.
Iklan
Namun, Homebois pula berharap menafikan sasaran pasukan pilihan seperti Todak pada musim ini.
Atas sebab itu, Homebois telah mendapatkan seorang pemain import daripada Indonesia bagi memperkuatkan pasukan.
Halangan pertama Homebois ialah RSG My, Sabtu ini dan jurulatihnya, Khairul Azman Mohd Sharif, mendedahkan bahawa mereka sudah bersiap sedia.
"Mereka membawa masuk dua dua pemain import dari Singapura.
"Tapi kami sudah mengkaji permainan mereka jadi saya jangka kami tidak akan menghadapi untuk berdepan nanti," kata jurulatih Todak, Khairul Azman Mohd Sharif.
Must-Watch Video