MPL MY
MPL MY dalam segmen Kuala Lumpur Fashion Week
Barisan bintang Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) membuka lembaran baru dengan menghiasi Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).
Pemain TODAK, Moon, Vins daripada pasukan HomeBois dan Super Gojes (Selangor Red Giants) antara atlet e-sukan yang akan memeriahkan SUPERSUNDAY sempena koleksi terbaru MPL MY x SUPERSUNDAYSTORE di InterContinental Kuala Lumpur, Ahad ini.
SUPERSUNDAYSTORE merupakan merangkumi gaya yang diinspirasi daripada grafiti, skateboarding, papan selaju, musik dan fesyen.
Iklan
Banyak koleksi menarik yang boleh didapati MPL MY x SUPERSUNDAYSTORE yang akan mula diperkenalkan pada 28 September ini secara atas talian sebelum boleh dikunjungi pada 5 Oktober depan.
Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Moonton Games, Fikri Rizal Mahruddin: "Kerjasama di antara MPL MY, SUPERSUNDAYSTORE dan KLFW membuktikan perkembangan e-sukan, fesyen dan gaya hidup merupakan peluang usahasama bersama jenama tempatan yang acap kali kami dekati.
"Dengan personaliti e-sukan sering dijadikan teladan bagi peminat mereka, maka koleksi pakaian kami akan memberi lebih banyak pilihan buat mereka meluahkan diri berlandaskan sukan."
MPL MY Musim Ke-12 sedang rancak berlangsung dengan Minggu 2 akan berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hujung minggu ini.
10 pasukan MLBB merebut hadiah utama US$100,000 berpeluang menyertai MI5I Malaysia, sekali gus membawa semangat #pantangmengalah ke peringkat global sebagai wakil negara dalam Kejuaraan Duia MLBB M5 2023.
Must-Watch Video