Skip to main content

Futsal

MPFL: Selangor TOT United tepati ramalan ke separuh akhir atasi Pulau Pinang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-tot.jpg
SELANGOR TOT UNITED 2 PULAU PINANG 1
(Selangor TOT ke separuh akhir dengan agregat 4-2)

Selangor TOT United menepati ramalan apabila mengatasi Pulau Pinang 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) di Shah Alam sebentar tadi, sekali gus mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Selepas turut meraih kemenangan 2-1 di gelanggang lawan dalam aksi pertama, TOT tampil dengan penuh agresif dan skuad bimbingan Patt Sriwijit itu berhasil menemui gol pembukaan hasil kebijaksanaan Iqhmal Najmie Ismail, yang memanfaatkan situasi bola muntah, pada minit kelima.

Biarpun selesa dengan kelebihan agregat 3-1, TOT kekal garang memburu tambahan gol dan Helio Neto melengkapkan tugasan itu selepas setengah jam permainan untuk pasukannya mendahului 2-0.

Pulau pinang kemudian mendapatkan gol sagu hati di penghujung permainan menerusi Sirhan Aiman Saipubahrim tetapi perlu akur membenarkan TOT ke kelompok empat terbaik musim ini.


 

Advertisement

Must Watch Video