Skip to main content

Futsal

MPFL: Selangor TOT pasang impian besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohammad-taufik-yaiyah-selangor-tot.jpg

Selangor TOT United memiliki selera besar untuk mencabar pasukan gergasi seperti Pahang Rangers dan Selangor MEX dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang bermula Jumaat depan. 

"Sebelum ini kami mungkin bertanding dalam liga haram dan kali ini masuk dalam MPFL.

"Kami berharap dapat bersaing dengan pasukan sedia ada. 

"Pada mulanya kami berdepan masalah pendaftaran dan permohonan kami akhirnya diterima.

"Kami akan buat yang terbaik dalam MPFL kali ini, " kata pengurus, Mohamad Afifudin Shari. 





Kelab Lembah Klang itu yang kini dikemudi bekas jurulatih Pahang Rangers, Mohammad Taufik Yaiyah, mengakui panampilan kali pertama tidak menjamin mereka sebagai pilihan utama.

Tanpa kelibat pemain import, ia bukan alasan buat Selangor TOT tidak menyerlah.

"Saya akui ia beri kelebihan kepada kami, tetapi secara peribadi saya menganggap Pahang Rangers dan Selangor MEX tetap pasukan pilihan dan kami sedia berikan saingan. 

"Kami pernah menang ke atas Kuala Lumpur dalam perlawanan persahabatan.

"Kami perlu fokus kepada pasukan dan buat apa yang telah dirancangkan.

"Kami perlu berkeyakinan tetapi tidak boleh berlebihan," kata Taufik. 

Kedah dan TRW Kelantan FC akan membuka tirai saingan pada 9.30 pagi dan tumpuan hari pertama sudah pasti terarah kepada Selangor TOT menentang Kuala Lumpur.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video