SELANGOR 4 TERENGGANU 1
Selepas berjaya menakluki Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), Selangor kini menyimpan hasrat untuk menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang layak beraksi dalam Kejohanan Kelab Futsal AFC.
Selangor menutup kempen MPFL dengan membelasah Terengganu 4-1 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.
Gol skuad Selangor disumbangkan Shamsul Akmar serta hatrik oleh ketua pasukan, Fariq Mohammed, manakala Terengganu pula memperoleh gol sagu hati menerusi Norhamidrul Saleh.
Lebih menarik, Fariq turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Sebagai juara, Selangor kini memasang impian untuk menjadi perintis buat kelab futsal tempatan layak ke Kejohanan Kelab Futsal AFC memandangkan tiada wakil tempatan yang pernah layak sejak ia mula dianjurkan pada 2010.
"Saya berharap semua pemain bersedia kerana tahap permainan di peringkat antarabangsa sangat tinggi.
"Kami akan cuba berikan usaha yang lebih baik," katanya.
Ketua jurulatih futsal Selangor, Addy Shairullyzam Mohd Shafie, pula menyimpulkan: "Kesungguhan pemain (membolehkan kami menang). Walaupun kami sudah mengesahkan kejuaraan dengan lebih awal, kami tetap mahu menunjukkan permainan sebenar.
"Kalau kami layak mewakili Malaysia sama ada di peringkat AFF atau AFC, kami akan buat persiapan awal.
"Mungkin akan ada sedikit rombakan dan pada masa yang sama, kami akan terus melakukan persiapan."
Namun, sebelum memandang ke pentas Asia, skuad futsal Selangor masih perlu menyediakan beberapa dokumen pelesenan yang diperlukan.
Setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum dapat memutuskan sama ada slot untuk juara MPFL akan beraksi di pentas AFC atau AFF.