MPFL
MPFL: Selangor MAC bakal mula saingan tanpa tonggak utama
Musim 2023 sememangnya mencabar buat juara bertahan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) dan juara sulung Piala Malaysia, Selangor MAC untuk mengekalkan dominasi dengan kemunculan pasukan Johor Darul Ta'zim.
Di samping musuh seteru tradisi -- Pahang Rangers turut berwajah baru dengan pertukaran pemain tempatan mahupun import.
Selangor MAC akan memulakan saingan kali ini bertemu PFA Odin Sarawak Sabtu ini tanpa watak penting, Khairul Effendy Bahrin ekoran kecederaan lutut acl yang dialami pada aksi pramusim.
Menyedari ketiadaan Khaiful yang juga merupakan kapten skuad negara itu bakal merencatkan kekuatan keseluruhan skuad kendalian Edgar Baldasso -- pengurusan tertinggi mencapai kata sepakat untuk memberikan rawatan sains sukan terkini buat Khairul.
"Apabila mengenai kecederaan lutut ini, ia merupakan selalu dihadapi dan paling digeruni kerana sukar untuk menjalani latihan dan beraksi," katanya.
"Saya telah menjalani proses pemulihan dan dijangka sempat beraksi bersama pasukan."