Skip to main content

Futsal

MPFL: Selangor FC mangsa amukan Pahang Rangers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pahang-rangers.jpg
PAHANG RANGERS 8 SELANGOR FC 4

Pahang Rangers memanfaatkan kelebihan empat gol separuh gol masa pertama di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, untuk membenam Selangor FC 8-4 dalam perlawanan minggu kedua Kejohanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), sebentar tadi.



Ternyata jaringan Murilo Carlos Saad di sebalik kelebihan fizikalnya pada minit pertama menyentak semangat pelawat yang sekali lagi dihukum seorang lagi tonggak import, Felipe de Souza, dan Amirul Khairuddin berselang dua minit.

Dan Pahang Rangers di kedudukan lebih selesa selepas ledakan Zarif Mahmun sebelum Syahir Iqbal Khan Akbar Khan berhasil mengurangkan defisit 1-4 pada minit ke-23.

Kerancakan permainan menyaksikan Khairul Effendy Bahrin dan de Souza saling berbalas jaringan Hamdin Zarif menemui penyudah keduanya pada minit ke-30.

Bagaimanapun, Pahang Rangers tempang di kedudukan 6-2 dalam 10 minit terakhir selepas Harith Naim dilayangkan kad merah atas kekasarannya. 

Begitupun, kepincangan itu belum cukup menggugat anak buah Gerard Casas tersebut yang sebaliknya mencetak dua gol lagi untuk permainan berkesudahan 8-2.

Keputusan lain:


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video