MPFL
MPFL: 'Selangor akan kuat jika beraksi secara kolektif'
Barisan pemain futsal Selangor diberikan kata dua oleh ketua jurulatih, Edgar Baldasso, susulan kekalahan 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2025, minggu lalu.
Jurulatih kelahiran Brazil itu melalui permulaan musim ketiganya bersama skuad Gergasi Merah dengan kemenangan besar mengatasi Kedah sebelum dimalukan JDT di Shah Alam.
Baldasso menegaskan kepada para pemainnya untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya sebaik menyarung jersi keramat Merah Kuning itu.
Iklan
Dia secara peribadi tidak akan berkompromi andai pemain beraksi hanya memikirkan untuk memburu kejayaan bersifat peribadi tanpa mengambil kira kepentingan pasukan terlebih dahulu.
Selangor akan meneruskan cabaran bertemu musuh tradisi TOT United pada Ahad ini dengan pertemuan derby itu merupakan peluang terbaik buat pemain membuktikan kewibawaan dan relevan untuk terus berada dalam skuad utama Selangor.
"Kami berbincang mengenai perkara ini, dalam perlawanan yang besar anda tidak boleh melakukan kesilapan dan beri pihak lawan peluang.
"Kami perlu melakukan analisis bagi setiap jaringan dan prestasi, bagi saya ia sangat mudah kerana apa yang terjadi adalah kesilapan individu.
"Perkara paling penting adalah belajar daripada kesilapan dan belajar dan tidak melakukan lagi pada masa akan datang. Kami akan kuat jika beraksi dengan kolektif." katanya.
Must-Watch Video