MPFL
MPFL: SAC menang bergaya tewaskan Sabah
SAC melakar kemenangan bergaya ke atas Sabah 6-2 dalam aksi Liga Perdana Futsal Malaysia yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan Sabah memulakan permainan dengan cemerlang apabila Wan Raziq merobek gawang Shah Alam City (SAC) pada minit ketiga.
Namun, SAC pantas bangkit apabila Isaias Figueiredo menyamakan kedudukan dengan rembatan kencang menerusi sepakan penjuru, menjadikan kedudukan 1-1.
Iklan
Tidak lama kemudian, Zainal Hamzah menambah gol kedua untuk SAC pada minit ke-15, meletakkan mereka di hadapan dengan kedudukan 2-1.
Memasuki separuh masa kedua, Dzul Idzwaniezam, kembali menyamakan kedudukan untuk Sabah menerusi sepakan penjuru, menjadikan skor 2-2.
Zainal Hamzah sekali lagi menunjukkan ketajamannya dengan meletakkan SAC di hadapan pada minit ke-20, menjadikan kedudukan 3-2.
SAC terus memperkukuhkan kedudukan mereka apabila Kelwin Clayton menjaringkan gol keempat, meletakkan SAC dua mata di hadapan Sabah.
Pada minit ke-25, pemain Sabah, Hikmal Firdaus, dilayangkan kad kuning, menambah tekanan kepada pasukan Sabah.
Lima minit terakhir permainan, SAC memastikan kemenangan mereka dengan dua jaringan mudah dari Isaias Figueiredo yang sekaligus melengkapkan hatrik menjadikan kedudukan akhir 6-2.
Pertembungan itu menyaksikan aksi mendebarkan dari kedua-dua pasukan, namun SAC berjaya menunjukkan dominasi mereka di laman sendiri dengan kemenangan bergaya.
Must-Watch Video