MPFL

MPFL: Sabah tempang, rezeki buat Pahang Rangers

Fatin Ruzaiman 10/03/2024 | 09:46 MYT
Pahang Rangers benam Sabah 7-4 dalam saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) yang berlangsung di Shah Alam, sebentar tadi.
Sabah pada awalnya mendahului 2-0 ketika separuh masa pertama namun tidak lama kemudian, Pahang mengejar dengan mendapatkan jaringan sulung rembatan menerusi Hamdin Zarif.
Separuh masa pertama disudahi dengan keputusan 3-2, Pahang Rangers mendahului.
Beralih ke separuh masa kedua, keadaan menjadi tegang selepas kad merah dilayangkan ke atas pemain Sabah, Shah Azman Ekmal susulan kekasaran yang dilakukan.
Sabah tempang dengan kekurangan pemain, membuka pintu buat Pahang mengambil kesempatan sekali gus menjaringkan gol ketujuh menerusi Felipe bem-vindo de Souza.
Jaringan itu sedikit sebanyak menambah luka serta membungkam peminat Sabah yang kian pudar suara sorakan menuju penghujung perlawanan.
Perlawanan tumpuan itu berakhir dengan keputusan 7-4, kemenangan bergaya memihak kepada Pahang Rangers sekali gus meletakkan mereka di tempat kedua liga membentes Gombak TOT United.
#Pahang Rangers #Liga Futsal Kebangsaan Malaysia
;