Skip to main content

Futsal

MPFL: Pulau Pinang diberi kemenangan percuma bertemu Nilai City dalam aksi ketujuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpfl-pulau-pinang.jpg
Dalam perlawanan ketujuh Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen Dua di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menyaksikan perlawanan yang terpaksa dibatalkan akibat kegagalan kehadiran pemain Nilai City di venue perlawanan, hujung minggu lalu.

Perlawanan itu membabitkan Nilai City bertemu Pulau Pinang yang dijadual berlangsung pada pukul 4 petang, Sabtu lalu.

Menurut kemas kini FAM, Nilai City hadir dengan sejumlah pemain yang tidak mencukupi.

Oleh itu, Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM telah memutuskan perlawanan tersebut tidak dapat diteruskan dan Pulau Pinang diberi kemenangan 5-0.

 
Untuk rekod, selepas enam perlawanan, Nilai City kini menghuni kedudukan ke-11 dengan pungutan tujuh mata bersamaan dua kemenangan dan tiga kekalahan serta satu seri.

Advertisement

Must Watch Video