MPFL
MPFL: Pahang Rangers sekadar seri dalam aksi pembukaan
Juara bertahan, Pahang Rangers gagal memulakan kempen Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) dengan langkah kanan apabila sekadar seri dengan Shah Alam City FC.
Pahang yang turun dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan mendapati Shah Alam City sukar dijinakkan.
Keajaiban ditampilkan Shah Alam City apabila berjaya melakar kejutan mengikat juara bertahan Pahang Rangers FC dalam aksi memukau yang berkesudahan 6-6.
Pengendali Shah Alam City FC, Muizzudin Mohd Haris, menjelaskan kejayaan meleburkan rekod tersebut merupakan sesuatu sangat istimewa bagi permulaan saingan liga tahun ini.
Gol pasukan tuan rumah diperoleh menerusi Zainal Abidin Hamzah (dua gol), Muhammad Razin Rahim, hatrik daripada Murilo Carlos Saad dan Muhammad Farhan Khairul Anuar (dua gol) manakala gol pelawat dijaringkan Felipe de Almeida Souza, Muhammad Amirul Khairuddin, Ahmad Harith Naim (dua gol).