Skip to main content

Futsal

MPFL: Mampukah TOT United bangkit benam JDT di Pasir Gudang?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tot.jpg
Skuad futsal dari Lembah Klang, TOT United, dalam misi mengikat agregat mahupun menyingkirkan juara Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen 1, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, petang ini.

Pada pusingan pertama, yang berlangsung di Kombes Panasonic Shah Alam, menyaksikan TOT United, tidak diberikan peluang selepas ditumpaskan 9-1 dengan jaringan tunggal TOT itu dijaringkan oleh Ridhwan Zainal pada minit ke-39 perlawanan.

Dalam pada itu, TOT, yang membawa bekalan satu jaringan itu dalam misi melakar kejutan serta tekad menghentikan perjalanan pasukan Harimau Selatan itu untuk melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia.

 
Untuk rekod, TOT, tidak menang dalam dua aksi bertemu JDT ketika perlawanan liga MPFL yang sudah melaburkan tirai sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video