MPFL

MPFL: Kemenangan ketiga JDT nyaris dicuri Pahang Rangers

Stadium Astro
Najmi Iman
22/03/2025
22:32 MYT
Sponsor Banner
MPFL: Kemenangan ketiga JDT nyaris dicuri Pahang Rangers
Juara Piala Malaysia Futsal musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus berada di puncak Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2025 selepas merekodkan tiga kemenangan tanpa sebarang keciciran mata setakat ini.
Namun, kekebalan skuad bimbingan Miguel Garcia Juan Antonio hampir dimalukan Pahang Rangers di tempat sendiri berikutan perlawanan yang penuh hangat, semalam.
Penjaga gol Harimau Selatan, Azrul Hadee Mohd Taufiq, mencetak nama selaku penjaring apabila sepakan jarak jauhnya berjaya menembusi gawang pasukan lawan sebelum Felipe De Souza menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-17.
Asakan demi asakan serta pertukaran serangan kerap dilakukan sehingga Bruno Taffy dan Harith Naim Mohd Nasir daripada kedua-dua pasukan meledak untuk keputusan 2-2.
Sebelum tamat separuh masa, Matheus Moura dilayangkan kad merah Bruno Taffy sekali lagi menyempurnakan kelebihan tersebut untuk tuan rumah rehat dengan jaringan 3-2.
Saad Abdul Sani melengkapkan malam gemilang JDT dengan menjaringkan gol kemenangan meskipun Harith Naim merapatkan jurang 4-3, namun segalanya sudah terlambat buat Pahang Rangers.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video