MPFL

MPFL: JDT terkam Pahang Rangers

Shaiful Shamsudin 25/05/2024 | 15:16 MYT
JDT 4 PAHANG RANGERS 3
Perseteruan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Pahang Rangers dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) memihak kepada pasukan daripada selatan tanah air itu, malam ini.
Selaku tuan rumah, JDT terlebih dulu di depan melalui penyudah cukup mudah tetapi mengelirukan daripada Awalluddin Nawi sebelum ledakan padu Danial Dain dan satu lagi jaringan Awalludin terus mengukuhkan kedudukan JDT.
Tetapi menuju ke bilik persalinan, Pahang Ranger sempat merapatkan kedudukan kepada 1-3 selepas Filipe De Souza menyempurnakan penalti yang diberikan yang juga gol ke-11 peribadinya musim ini.
Jaringan sendiri Helio Neto yang menjadikan kedudukan 2-3 terus merancakkan perlawanan tetapi penyudah Ridzwan Bakri pada minit ke-35 meletakkan JDT kembali selesa biarpun gol Harith Na'im Nasir menyusul, tiga minit selepas itu.
Keputusan lain:
KL CITY 3 GOMBAK TOT UNITED 5
TERENGGANU 5 SABAH 6
#Futsal #MPFL
;