MPFL

MPFL: JDT mahu kekal fokus, elak seberang kekalahan berlaku

Najmi Iman 03/06/2024 | 12:03 MYT
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rekod bersih tanpa tewas dalam tujuh perlawanan divisyen satu Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2024 selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur (KL) City dengan keputusan 4-1.
Pengendali JDT, Juan Antonio Miguel Garcia, mengakui bahawa dia berpuas hati dengan prestasi semasa pasukannya namun, tetap menggesa anak buahnya kekal fokus mengharungi baki perjalanan liga yang masih lagi panjang.
JDT bangkit daripada ketinggalan pada minit ke-15 hasil jaringan Syed Khidir Shaab Syed Yahya, sebelum tonggak import, Caio Caesar menyamakan kedudukan berselang empat minit kemudian.
Bersambung babak kedua, Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk mendahului perlawanan menerusi jaringan Azri Rahman untuk kedudukan 2-1.
Meskipun pasukan tuan rumah, KL City mencuba untuk bangkit dengan beberapa serangan merbahaya namun, pasukan pelawat terus garang dengan jaringan ketiga sebelum tonggak kebangsaan, Abu Haniffa, melengkapkan malam gemilang JDT untuk kedudukan muktamad 4-1.
#JDT #Futsal #MPFL
;