MPFL
MPFL: Hilang separuh bintang, Pahang Rangers label Selangor, JDT lebih tertekan
Ketua jurulatih futsal Pahang Rangers, Gerard Casas, berdepan cabaran mempersiapkan pasukan menjelang sepak mula Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 apabila lebih daripada separuh pasukannya bakal tampil dengan wajah baru.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu, bagaimanapun, tetap gembira dengan komitmen serta kesungguhan yang dipamerkan anak buahnya sepanjang persiapan pra-musim berlangsung.
"Lebih daripada separuh pasukan berwajah baru antara cabaran yang perlu dihadapi sepanjang pra musim berlangsung.
Iklan
"Kami, barisan kejurulatihan bekerja keras selagi mampu.
"Saya juga gembira dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain.
"Saya rasa tiada tekanan untuk kami pertahankan gelaran musim lalu." ujarnya.
Dengan skuad yang dibarisi rata-ratanya pemain muda, Casas menaruh sasaran untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan liga dalam kelompok empat pasukan terbaik.
"Musim ini Pahang Rangers kehilangan khidmat lapan tonggak utama daripada 14 pemain.
"Dengan enam pemain senior yang tinggal, sejujurnya saya tidak rasa sebarang tekanan untuk pertahankan gelaran.
Malah, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC yang sepatutnya berdepan tekanan untuk merampas gelaran dari kami." katanya.
Musim lalu Pahang mencipta kejutan selepas berjaya menjulang kejuaraan berganda mendominasi saingan MPFL serta Piala Futsal Malaysia.
Must-Watch Video