MPFL
MPFL: Hanya 'satu minggu' sebelum aksi Selangor-JDT
Skuad Futsal Selangor mempunyai masa lebih kurang satu minggu untuk membuat persedian menentang juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan perlawanan kedua Divisyen 1, Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL), 15 Mac ini.
Kedua-dua pasukan telah mencatat meraih kemenangan ke atas lawan di perlawanan pertama di mana Selangor mencatat 5-1 ke atas Kedah dan Johor Darul Ta'zim merekodkan kemenangan 8-3 ke atas Malaysian University (MUFT).
Perlawanan aksi pembukaan di antara Selangor & Kedah menyaksikan gandingan menyengat pemain import gergasi merah, Vitor Fernando dan bintang muda Syahir Iqbal Khan. Muhammad Faris tampil cemerlang selepas berjaya menanam 2 gol ke dalam gawang Kedah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, pemain import Johor Darul Ta'zim, Caio Cesar Garcia Rego tampil garang meledakkan tiga gol menentang MUFT pada Sabtu.
Kedudukan terkini pasukan selepas perlawanan pertama menyaksikan Johor Darul Ta'zim di puncak liga berkongsi kutipan mata bersama Selangor, Sabah dan Penang Rangers.