Skip to main content

Futsal

MPFL: Gombak TOT ukur baju di badan sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gombak-tot.jpg
Ketua Jurulatih Gombak TOT United, Qusmaini Noor Rusli, memaklumkan pihak pengurusan sudah pun meletakkan sasaran buat pasukannya untuk menamatkan Saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 di kelompok lima pasukan terbaik.

Meskipun bakal turun beraksi sebagai pasukan bukan pilihan dengan 90 peratus pemain muka baru, Qusmaini percaya anak buahnya mampu hadirkan saingan buat tujuh lagi pasukan pencabar.

Pengendali berusia 44 tahun itu turut mengesahkan Gombak TOT United akan diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain import iaitu Guntur Sulistyo Ariwi - Biwo dari Indonesia serta seorang pivot dari Brazil yang hanya akan diumumkan secara rasmi sebelum MPFL membuka tirai 17 Februari depan.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi sempat menemubual beliau dan beliau ada menyatakan, “rata-rata majoriti pemain pada tahun  lepas keluar, apabila saya ambil kita terpaksa rekrut muka-muka baru,” 

“Alhamdulillah kami mengikat dua bekas pemain dari JDT dan tiga dari Kedah. Ada juga yang pernah bersama saya di Kelantan FC dahulu,




“Kami memulakan latihan pertama pada 8 Januari dan sudah masuk minggu kelima dan sekarang dalam fasa untuk melengkapkan persefahaman dan juga keserasian taktikal,

“Kalau sasaran yang diletakkan oleh Gombak FA dan juga Gombak TOT, kami mensasarkan untuk berada di lima tangga teratas untuk peringkat liga dahulu, dan Piala Malaysia nanti kita fikirkan selepas liga berlangsung," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video