MPFL

MPFL: Gombak TOT sedia ujian sulung JDT

Shaiful Shamsudin 13/02/2024 | 13:58 MYT
Gombak TOT United sedia berdepan cabaran gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi pembukaan saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024.
Antara watak penting yang dijangka menjadi tumpuan dalam perlawanan Sabtu ini ialah bekas pemain Selangor TOT United yang menyarung jersi Harimau Selatan, Yazid Kamaruzuan serta bintang import, Helio Neto.
Musim lalu, Gombak TOT United yang dikenali dengan nama Selangor TOT United, berjaya menewaskan JDT dengan keputusan 3-1 dalam aksi yang berlangsung pada Mac di Shah Alam.
Meskipun tampil dengan barisan 90 peratus muka baru, skuad kendalian Qusmaini Noor Rusli itu meletakkan sasaran untuk berada di kelompok lima pasukan terbaik.
"Pemain JDT serba boleh dan ketajaman mereka di depan gol.
"Neto merupakan penjaring utama kami, kami juga kehilangan kapten kepada mereka.
"Namun, kami tidak mahu dibolosi dengan mudah," katanya.
#Futsal #MPFL