Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Nombor 46 diabadi bersama legasi Rossi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rossicropped_jh4bac4nzpy01vdq3rdwqvm6e.jpg
Valentino Rossi telah bersara daripada MotoGP -- dan nombor ikonik 46 turut akan mengikut jejak langkahnya.

Nombor yang cukup terkenal di jentera Rossi sepanjang 26 musim, di mana dia telah memenangi sembilan kejuaraan dalam semua kelas.

Rossi bersara daripada sukan itu pada penghujung tahun lalu, meraikan 115 kemenangan dan 235 podium.

Kini, menjelang perlumbaan di Grand Prix Itali di Mugello, nombor pelumba itu turut bakal ditamatkan.

Nombor 46 tidak digunakan bagi saingan MotoGP musim 2022, selepas ditinggalkan Rossi, namun pertandingan itu memastikan ia tidak akan digunakan pada masa akan datang.
 

"Nombor 46 tidak akan digunakan lagi dalam saingan MotoGP di Autodromo Internazionale del Mugello," menurut satu kenyataan.

"Sinonim dengan juara dunia sembilan kali dan legenda MotoGP, Valentino Rossi, nombor itu akan direhatkan dengan penuh bergaya menjelang perlumbaan di Gran Premio d'Italia Oakley.

"Majlis persaraan itu akan dijalangkan sebelum sesi kelayakan bermula.

"Rossi akan hadir dalam majlis tersebut ketika legasinya diraikan, selepas berlumba dengan nombor 46 sepanjang 26 musim -- menghasilkan salah satu label yang cukup dikenali di seluruh dunia sukan."
 

Advertisement

Must Watch Video