Pelumba negara, Hakim Danish Ramli, turut terpalit dengan khabar angin bahawa dia akan bernaung di bawah Pasukan MIE Racing menjelang MotoGP Malaysia, bulan depan.
Bagaimanapun, pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, menidakkan spekulasi tersebut dan memilih untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai pasukan Hakim Danish, sebelum sesi sidang media yang akan dibuat dalam masa terdekat.
"Sebenarnya (khabar angin itu) tidak betul.
"Berdasarkan pengalaman, kami lebih senang untuk melakukannya mengikut acuan sendiri.
"Saya ada cara tersendiri untuk mengendalikan tiket peluang khas ini dan saya harap dia dapat menghasilkan keputusan melebihi yang dijangkakan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai kekangan dana dihadapi ketika ini, Zulfahmi melihat isu itu mampu diselesaikan sebaiknya dan pasukannya kini sedang dalam sesi tawar-menawar dengan beberapa penaja.
"Kalau pelumba beraksi dengan baik dan fokus kepada sukan ini, peluang dapat dana juga akan menjadi lebih cerah.
"Bukan daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan SIC (Litar Antarabangsa Sepang) sahaja, malah daripada sektor swasta.
"Pelumba kami mendapat banyak perhatian peminat-peminat di Malaysia.
"Mereka perlu teruskan usaha, usah risau mengenai dana dan biar saya dan pihak SIC yang uruskan," katanya.

"Khabar angin Hakim Danish ke MIE Racing itu sebenarnya tak betul"
— husnae (@husnazainudin_) September 26, 2025
Ini respon Zulfahmi untuk menjawab spekulasi yang mengatakan Danish akan bekerjasama dengan MIE Racing dalam misi wild-card itu.
Anyway, nantikan sidang media rasmi ZK Racing dalam masa terdekat.@ASTROARENA pic.twitter.com/bu1Ftve9iA