Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Tindakan Joan Mir matikan sistem bantuan elektronik pada jentera terbukti berkesan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lg9_6229.jpeg
Tindakan pelumba Honda, Joan Mir yang mahu pasukanya mematikan hampir kesemua sistem bantuan elektronik pada jenteranya ketika beraksi dalam perlumbaan MotoGP Malaysia terbukti benar selepas membuktikanya dengan mengakhiri saingan di tempat kedua di belakang Alex Marquez.

Walaupun permintaan pelumba itu agak mengundang rasa skaptikal dikalangan kru pasukanya pada peringkat awal namun ia diteruskan juga disebabkan Mir agak berkeras mahukan ia dilaksanakan.

Dengan keputusan yang dicatatkan oleh pelumba Sepanyol itu, Honda kini merintis semula laluan terbaik untuk kembali pada tahap yang sepatutnya setelah sekian lama tidak menyerlah dalam saingan MotoGP walaupun ia hadir pada beberapa pusingan akhir musim 2025.

“Saya tidak pernah meletakkan sebarang keraguan, terutama soal kebangkitan Honda. Itulah sebabnya, walaupun dalam situasi terburuk, saya memperbaharui kontrak untuk dua tahun lagi.

“Saya percaya dengan projek ini dan semua yang bekerja keras membangunkan jentera terbaik. Apabila wujud keyakinan, kejayaan akan datang. Ia soal masa dan usaha,” kata Mir.

Kejayaan di Sepang itu hadir selepas Mir berdepan tekanan apabila terbabas dalam perlumbaan pecut pada Sabtu ketika sedang bersaing untuk kedudukan keempat dan berdepan tekanan hebat untuk mengelak daripada mengulangi kesilapan dalam perlumbaan utama. 

Advertisement

Must Watch Video