Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Singapura dipilih sebagai hos pelancaran MotoGP 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

riders-line-up-3.jpg
Singapura bakal menjadi hos kepada pelancaran musim baharu MotoGP 2026 dalam satu acara yang bakal diadakan.

Keputusan itu dibuat oleh pihak Dorna bersama dengan sebelas lagi pasukan MotoGP dengan memilih Asia sebagai hos baharu pelancaran siri perlumbaan motosikal paling elit itu.

Singapura dipilih sebagai venue berbanding Kuala Lumpur dan Melbourne selain dua lagi negara yang dipertimbangkan sebelum ini.

Pelacaran tersebut dijadualkan bakal berlangsung selama dua hari iaitu 6-7 Februari 2026.

Jelas Dorna pemilihan Singapura itu bersesuaian dengan jadual kalendar pra musim yang bakal diharungi oleh semua pelumba dan pasukan yang terlibat dalam persaingan MotoGP.

Ia memandangkan kesemua mereka bakal melakukan ujian pra musim terhadap jentera masing-masing di Litar Antarabangsa Sepang pada 2-4 Februari 2026.

Sejurus selesai kesemua mereka akan terus menghadiri majlis pelancaran tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan itu.
Supplement

Tenaga Untuk Kekal Laju

Bantu tingkatkan daya tahan & fokus supaya sentiasa berada di prestasi terbaik.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video