Skip to main content

Permotoran

MotoGP: SIC mengujakan, Alex Marquez akui silap ambil mudah cabaran sebelum bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alaex.jpg
Sebaik pelumba MotoGP, Alex Marquez dari pasukan BK8 Gresini Racing berjaya menjuarai Grand Prix (GP) Malaysia 2025, dia berkongsi kekesalannya kerana menjangkakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang tidak akan memberikannya banyak kesukaran.

“Benar. Saya melakukan kesilapan hujung minggu itu apabila menjangkakan segalanya akan lebih mudah buat saya. Kemudiannya, ia bermula dengan kemalangan di FP1 dan satu lagi kemalangan di Practise dimana saya tamat di kedudukan ke-9 untuk hanya diletakkan dalam senarai Q2, situasi yang tidak begitu baik dan agak rumit.”

Dalam temubual yang dikongsikan di Motogp.com itu, Alex turut menyatakan perbezaan yang dirasai ketika menunggang jentera Ducatinya di Sepang kali ini, terutama membabitkan kawalan tayar. Permukaan litar dilihat menuntut kebijaksanaan pelumba untuk cepat mengadaptasinya.



 

Penulis sempat menyaksikan Sprint race yang berlangsung pada petang Sabtu dimana Alex menamatkan saingan ditempat kedua tetapi jauh ditinggalkan pelumba Itali, Francesco Bagnaia yang juga juara GP Malaysia 2024 untuk mencuri petak hadapan.

Namun cabaran yang ditawarkan Litar Antarabangsa Sepang sememangnya luar biasa dan menuntut komitmen tinggi sepasukan. Dalam perlumbaan utama pada Ahad, Bagnaia malangnya gagal menamatkan perlumbaan ekoran masalah tayar yang mula dirasainya di pusingan ke-12 lagi.

Alex pula mencuri tumpuan dengan displin tinggi dan akhirnya muncul yang pertama ke garisan penamat dengan 2.676 saat lebih pantas berbanding Pedro Acosta (KTM Redbull Factory Racing) manakala Joan Mir (Honda HRC Castrol) melengkapkan kedudukan podium.

Prestij dan sejarah yang dilakar di Litar Antarabangsa Sepang ini pastinya dirindui semua, dan tahun 2026 merupakan tahun terakhir MotoGP akan singgah di sini berdasarkan kontrak yang telah pun dimeterai. Dengan kos penganjuran yang semakin meningkat, penulis tetap optimis agar jodoh MotoGP dengan Malaysia kekal berpanjangan.
Motogp

Arai Helmet 100% Original

Arai VZ-Ram RSW Trico menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video