MOTOGP
MotoGP Sepang: Pelumba Moto2 negara akan bermula di dua petak terakhir
Dua pelumba Moto2 negara, Azroy Hakeem Anuar dan Kasma Daniel Kasmayudin, akan memulakan perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) esok dari dua petak terakhir.
Ini selepas Azroy Hakeem dan Kasma Daniel, masing-masing menamatkan saingan pusingan kelayakan pertama dengan catatan 2:08.7380s dan 2:09.6410s, untuk menduduki tangga ke-14 dan 15.
Dengan itu, dua pelumba pasukan Petronas MIE Racing berkenaan akan memulakan perlumbaan sebenar dari petak ke-28 dan 29.
Iklan
Dalam saingan Moto3 pula, pelumba pasukan VizionTrack Racing, Syarifuddin Azman, menamatkan saingan pusingan kelayakan pertama di tempat ketujuh, sekali gus akan memulakan saingan esok di petak ke-21.
Must-Watch Video