Skip to main content

Permotoran

MotoGP Sepang: Francesco Bagnaia pecah rekod sepusingan terpantas di SIC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bainaia.jpg
Pelumba Ducati Lenovo Team, Frencesco Bagnaia, menempah petak utama perlumbaan MotoGP Sepang apabila mengungguli sesi kelayakan kedua (Q2) dengan rekod baru sepusingan terpantas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.

Tidak lama selepas pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin, memperbaharui rekod sepusingan terpantas miliknya di SIC dengan mencatatkan 01:57.549s, Bagnaia mempamerkan tunggangan paling luar biasa untuk memecahkan rekod berkenaan dengan catatan masa 01:57.491s.

Sebagai rekod, Martin merupakan pemilik rekod sepusingan terpantas terdahulu dengan catatan 1:57.790s, yang dilakukannya dalam Grand Prix sama tahun lalu.

Ikuti siaran langsung perlumbaan MotoGP Sepang di SpoTV bermula jam 10.35 pagi esok.


 

Advertisement

Must Watch Video