MOTOGP
MotoGP Sepang: Damok tamatkan perlumbaan di tempat ke-20
Pelumba negara, Syarifuddin Azman, menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia di tempat ke-20 sebentar tadi.
Dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu, Syarifuddin, yang mesra disapa dengan panggilan Damok, muncul pelumba terakhir melintasi garisan penamat, hampir seminit di belakang juara, Collin Veijer.
Ayumu Sasaki pula menjadi pelumba kedua terpantas sambil Jaume Masia melengkapkan kedudukan podium.
Iklan
Dalam kategori Moto2 pula, pelumba peluang khas negara, Helmi Azman, menamatkan kedudukan di tempat ke-23 manakala Azroy Anuar gagal menamatkan perlumbaan.
Dalam saingan berkenaan, tiga pelumba Sepanyol memenuhi kedudukan podium diketuai Fermin Aldeguer selaku juara, yang diapit Pedro Acosta (naib juara) dan Marcos Ramirez (ketiga).
Peminat sukan permotoran negara pastinya merindui kelibat Hafizh Syahrin Abdullah, yang menggegarkan dunia permotoran ketika meraih tempat ketiga selaku pelumba peluang khas di Sepang pada 2012.
“Jentera hari ini lebih baik, saya rasa lebih confident” - Syarifuddin Azman @ Damok@ASTROARENA #MotoGP #GPMalaysia #Motorsport #PetronasGPMalaysia2023 #GrandPrix pic.twitter.com/ufXX8dv1h1— pekxian (@syennn__) November 12, 2023
Must-Watch Video