Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Saya harap litar basah -- Azroy Hakeem sasar kutipan mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azroy.jpg
Juara UB150 Kejuaraan Motosikal Asia tahun ini, Azroy Hakeem Anuar, ingin melupakan tragedi suram yang menimpa dirinya pada saingan MotoGP edisi 2023 selepas terbabit dalam insiden pelanggaran.

Dalam edisi kali ini, Azroy mencongak kehadapan dan berazam tidak terkeluar daripada kelompok dengan pelumba- pelumba ternama dunia.

Seperti yang diharapkan ramai pelumba negara, Azroy ingin berlumba dalam keadaan litar yang basah bagi memudahkan rencana dan strategi untuk memotong pelumba lain.






Penampilan kali ketiga dalam MotoGP hadir selepas dia meraih tiket wildcard bagi acara Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini.

"Sasaran adalah untuk memperbaiki keputusan, kami ada sasaran masa sendiri dan harap semua berjalan dengan lancar.

"Tetapan jentera sudah selesai, mengharapkan litar basah tetapi itu adalah rezeki. Jika litar basah berharap dapat meraih mata."katanya.

Antara keputusan pelumba negara yang pernah mewarnai kancah Moto2 di saingan MotoGP Malaysia termasuk Hafizh Syahrin yang melakar pencapaian terbaik menduduki podium pada tahun 2012.

Selain itu, Azlan Shah Kamaruzaman dan Khairul Idham Pawi juga pernah berkecimpung dalam perlumbaan Moto2 hampir sedekad yang lalu.

Berbaki 24 jam sahaja untuk anda mendapatkan tiket ke MotoGP Malaysia 2025 dengan tiga wakil akan membawa cabaran negara kali ini.
Motogp

Arai Helmet 100% Original

Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video