MOTOGP

MotoGP: Saya cuba buat Bagnaia gementar -- Bastianini

Ammar Hakim 16/05/2022 | 01:02 MYT
Enea Bastianini berkata dia cuba membuat Francesco Bagnaia 'gugup' dengan memintasnya, taktik yang berjaya ketika dia memperoleh kemenangan di Grand Prix Perancis semalam dalam saingan MotoGP.
Lebih memburukkan lagi keadaan petang Bagnaia, pelumba Ducati itu terbabas hanya beberapa selekoh kemudian.
Selepas naik dari tempat kelima di grid, Bastianini memintas Bagnaia di hadapan sebelum memberi tekanan kepada rakan senegaranya dari Itali itu.
Drama itu tiba pada pusingan ke-21 apabila Bastianini memintas Bagnaia sebelum yang terakhir itu segera mengambil kedudukannya semula namun kesilapan yang dilakukan memaksa dia terbabas dan gagal meneruskan perlumbaan.
"Saya sangat gembira dengan perlumbaan ini. Hujung minggu benar-benar rumit bagi saya dengan beberapa kemalangan," kata Bastianini selepas kemenangannya.
"Dalam perlumbaan itu, saya melihat rentak saya sangat bagus, dan pada akhirnya apabila saya melihat Pecco [Bagnaia] sangat dekat, saya faham 'okay sekarang anda perlu berada di belakang', dan saya cuba memintasnya di selekoh kedua untuk membuatnya sedikit gementar, dan pada akhirnya dia pergi jauh dan saya memenangi perlumbaan ini.
"Ini semua untuk pasukan saya kerana mereka banyak bekerja di Grand Prix ini untuk memberikan saya motosikal terbaik, dan ia adalah pekerjaan yang luar biasa."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;