Skip to main content

Permotoran

MotoGP Rookies Cup : Semangat Danish tidak luntur selepas long lap penalti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gp.jpg
Permulaan yang cukup meyakinkan bagi pelumba muda negara, Hakim Danish, pada minggu perlumbaan ini jelas menunjukkan kesediaannya untuk bersaing di pentas lebih tinggi. 

Aksi konsisten yang dipamerkan dalam sesi free practice 1 dan 2 memperlihatkan kematangan dan ketenangan dalam mengendalikan jenteranya. 

Prestasi ini pastinya memberi suntikan semangat buat Danish untuk menghadapi sesi kelayakan dan perlumbaan utama dengan penuh berani.

 

Namun, cabaran tetap hadir apabila Danish dikenakan Long Lap Penalti akibat terlibat dalam insiden perlanggaran bersama pelumba dari Vietnam, Luca Agostinelli, semasa sesi free practice 2. 

Walaupun insiden tersebut dianggap tidak disengajakan, pihak pengurusan perlumbaan tetap menjatuhkan penalti tersebut berdasarkan peraturan sedia ada.

Situasi ini tidak mematahkan semangat Danish, sebaliknya, ia dijadikan motivasi untuk terus memperbaiki mutu perlumbaannya. Danish juga menerima keputusan tersebut secara profesional dan berazam untuk menebusnya dengan aksi lebih bertenaga pada hari perlumbaan.

Dua perlumbaan penting menanti: Race 1 pada hari Sabtu jam 11 malam (MYT), dan Race 2 pada hari Ahad jam 2:45 petang (MYT) sempena Michelin Grand Prix de France. 

Semua mata tertumpu kepada aksi Danish di atas litar!

Advertisement

Must Watch Video