Skip to main content

Permotoran

MotoGP Rookies Cup: Litar Aragon menanti, Hakim Danish mahu ulangi kejayaan 2024

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danysh-aragon.jpg
Selepas menamatkan perlumbaan FIM JuniorGP World Championship Pusingan 2 di Circuito de Jerez, Sepanyol minggu lalu, Hakim Danish kini bersedia untuk meneruskan cabaran dalam RedBull MotoGP Rookies Cup Pusingan 3. 

Perlumbaan kali ini akan berlangsung di salah satu litar paling ikonik di Sepanyol iaitu MotorLand Aragon.

Litar sepanjang 5.08 kilometer itu menampilkan 17 selekoh iaitu, tujuh ke kanan, 10 ke kiri serta satu laluan lurus sejauh 968 meter, yang dijangka memberikan cabaran kepada semua pelumba, termasuk Danish, yang kini sedang memburu kejuaraan keseluruhan musim ini.

Danish ketika ini mendahului carta keseluruhan dengan kutipan 80 mata, meninggalkan pelumba Sepanyol, Benat Fernandez, di tempat kedua dengan beza 23 mata. Sementara itu, pencabar utamanya, Brian Uriarte, yang juga dari Sepanyol, berada di kedudukan ketiga dengan perbezaan 30 mata dari Danish.

Perlumbaan minggu ini sememangnya dinanti-nantikan ramai, apatah lagi litar Aragon menyimpan kenangan manis buat Danish, yang pernah muncul juara dalam Race 2 RedBull MotoGP Rookies Cup di sini pada musim 2024.
 

Advertisement

Must Watch Video