Skip to main content

Permotoran

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish podium lagi di Misano

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish.jpg
Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, sekali lagi mencipta sensasi selepas menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ketiga dalam kejuaraan MotoGP Rookies Cup di Misano, Itali, awal pagi tadi.

Dalam perlumbaan yang sengit, pelumba berusia 17 tahun itu menamatkan perlumbaan di kelompok tiga terbaik walaupun memulakan perlumbaan di petak ke-11.





Dia kini menduduki kedudukan ke-12 daripada 26 pelumba dengan mengumpul 70 mata secara keseluruhan selepas 14 perlumbaan di tujuh litar.


Dalam perlumbaan di Litar Aragon sebelumini, dia berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium tempat kedua dengan catatan masa 22:59.039 saat.

Advertisement

Must Watch Video