Skip to main content

Permotoran

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish cemerlang di Eropah, bakal pulang dengan kejayaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish-le-mas.jpg
Pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli, dijangka pulang ke tanah air minggu hadapan selepas menamatkan tugasan di MotoGP Rookies Cup (MRC) dan Kejuaraan Dunia Junior GP (JrGP) 2025.

Individu berusia 17 tahun itu telah berlepas ke Eropah sejak 23 Mac lalu sebagai persediaan menghadapi musim baharu perlumbaan.

Meskipun terpaksa menyambut Aidilfitri dan berjauhan daripada keluarga, pengorbanan tersebut nyata berbaloi apabila Hakim Danish berjaya meraih kedudukan podium dalam semua perlumbaan disertainya setakat ini.

Dalam saingan MRC, Hakim kini memimpin carta keseluruhan dengan 80 mata hasil empat kali tempat kedua ketika dua pusingan awal di Jerez dan Le Mans.

Kempen JrGP 2025 juga bermula cemerlang dengan Hakim meraih tempat kedua di pusingan pembukaan di Estoril, Portugal.

Pusingan kedua JrGP dijadualkan berlangsung di Jerez pada 1 Jun, manakala pusingan ketiga MRC akan diadakan di Aragon pada 7 dan 8 Jun.

Kejayaan ini menjadi bukti bakat besar anak Terengganu itu di persada antarabangsa.

Advertisement

Must Watch Video