Meskipun menampilkan semangat yang luar biasa, pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, terpaksa akur mengakhiri perlumbaan kedua di tempat ke-14 MotoGP Rookies Cup di Red Bull Rings, Austria, awal pagi tadi.
Menurut pelumba berusia 17 tahun itu, penalti menjadi faktor utama terhadap gangguan momentumnya untuk terus bersaing dalam kelompok hadapan.
Begitupun, Hakim Danish berjaya memperbaharui catatan masa 31m 46.248s berbanding yang dilakukan sebelum ini di Belanda iaitu 50.609s.
"Saya menamatkan perlumbaan kedua di tempat ke-14. Saya agak bergelut tidak dapat mengejar kumpulan hadapan.
"Tapi saya tidak berptus asa dan bertekad bangkit semula di Aragon, hujung bulan ini," katanya yang tidak pulang dengan tangan kosong mengutip dua mata.
Najmi Iman
Sun Aug 18 2024