Rins, yang layak di tempat kedua dan menduduki tempat kedua dalam perlumbaan Pecut semalam mengelilingi Litar Amerika, memanfaat selepas pemenang petak pertama, Francesco Bagnaia, tersingkir untuk perlumbaan kedua berturut-turut, kali ini sambil mendahului dengan baki 13 pusingan.
Bagnaia, yang boleh mengambil alih sebagai pendahulu kejuaraan jika dia menamatkan perlumbaan, adalah salah seorang daripada sembilan pelumba yang tidak menamatkan perlumbaan.
Alex Marquez, Aleix Espargaro dan Jorge Martin semuanya jatuh di pusingan pertama, sebelum giliran Jack Miller pada baki 14 pusingan semasa berada di kedudukan podium, dan dia diikuti oleh Raul Fernandez (14), Bagnaia (13), Joan Mir (12), Takaaki Nakagami (sembilan) dan Stefan Bradl (dua).
Situasi itu menyaksikan Rins bertindak sebagai pendahulu untuk 12 pusingan terakhir, dan dia bertahan sepanjang perlumbaan untuk memberikan kemenangan perlumbaan pertama buat LCR Honda sejak di Argentina pada 2018.
Ia merupakan kemenangan kelima MotoGP penunggang kelahiran Sepanyol itu, dan yang pertama sejak bertukar pasukan selepas menghabiskan enam musim lalu bersama Pasukan Suzuki Ecstar.
Ia juga merupakan kemenangan pertama untuk motosikal Honda dalam tempoh 539 hari selepas saingan didominasi Ducati, kerana tiada penunggang Honda menamatkan saingan yang lebih baik daripada tempat ke-13 Marc Marquez pada musim 2022.
Dengan keputusan itu, Rins melonjakkan dirinya ke tangga ketiga dengan 34 mata, manakala pendahulu kejuaraan Marco Bezzecchi melebarkan jurangnya di bahagian atas kepada 11 mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat tempat keenam.
? @Rins42 HAS DONE IT!
— MotoGP™? (@MotoGP) April 16, 2023
A win that will live long in the history books of Honda and the @lcr_team! #AmericasGP ?? pic.twitter.com/JRLAtiF3AL