Walaupun digelar Mr P2 oleh peminat sukan dua roda tanah air, Hakim Danish Ramli, akhirnya memecahkan badi itu dengan menjuarai Race 2 di Aragon Kejohanan MotoGP Redbull Rookies Cup semalam, sekaligus menyaksikan lagu negaraku berkumandang di bumi Sepanyol.
Dalam perlumbaan pusingan ketiga itu, Hakim melakukan pusingan terakhir yang menakjubkan dengan selekoh penamat sempurna untuk muncul juara, mengatasi Brian Uriarte dan David González yang menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.
Seramai 12 penunggang berebut kemenangan di lap-lap akhir, namun remaja Malaysia berusia 17 tahun itu menemui kelebihan yang diperlukan untuk menamatkan rentetan lima kali di tempat kedua.
Uriarte hanya 0.188 saat di belakang Hakim, dengan lapan penunggang teratas dipisahkan kurang satu saat di garis penamat.
Hakim kini menduduki tangga teratas keseluruhan dengan 125 mata, meninggalkan Uriarte dengan perbezaan 30 mata.
Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, berpuas hati dengan prestasi HD13 dan mahu konsistensi itu diteruskan hingga akhir musim.