Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Razlan Razali undur diri, CryptoDATA RNF nafi dibebani hutang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cryptodata-rnf-motogp-team-razlan-razali.jpg
CryptoDATA RNF MotoGP Team menepiskan khabar angin sedang dihimpit masalah kewangan selepas Datuk Razlan Razali mengumumkan pengundurannya sebagai prinsipal pasukan. 

Razlan di media sosial mendedahkan pengunduran sebagai prinsipal pasukan tetapi kekal dengan 40 peratus pemilikan sementara CDT SPORTS AND MEDIA SRL 60 peratus. 

CryptoDATA RNF MotoGP Team menyusul dengan satu kenyataan awal pagi tadi untuk menegaskan komitmen mereka dalam kancah itu hingga 2026 sambil menafikan mempunyai hutang mahupun bayaran tertunggak dengan pembekal terutama Aprilia.

Tambah pasukan tersebut, keputusan yang Razlan dibuat itu sudah pun dipertimbangkan sejak sebulan lalu berikutan tekanan tinggi daripada pemegang taruh ekoran prestasi kurang memberangsangkan selain faktor kewangan. 




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video