Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Raul Fernandez catat masa terpantas, aksi pertama Toprak curi tumpuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gng_1286714_hires.jpeg
Hari terakhir sesi ujian MotoGP yang berlangsung di litar Ricardo Tormo semalam menyaksikan penunggang Aprilia, Raul Fernandez merekodkan catatan terpantas.

Raul yang baru sahaja cemerlang menamatkan saingan terakhir MotoGP di podium mengekalkan pecutan terpantas sepanjang sesi tersebut berlangsung.

Dia akhirnya menokhtahkan hari terakhir dengan catatan 1 minit 29.373 saat diikuti Marco Bezzechi kedua manakala Alex Marquez di tangga ketiga.

Bagaimanapun fokus sebenar sepanjang sesi ujian pra musim 2026 berlangsung sebenarnya lebih terarah kepada pendatang baru daripada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dari Turkiye, Toprak Razgatlioglu.

Juara tiga kali WSBK itu melengkapkan 53 pusingan dengan jentera Yamaha V4 M1 namun sekadar berada di tangga ke-18 selepas merekodkan catatan 1 minit 30.667 saat.

Bagaimanapun ia masih awal untuk melontarkan sebarang kesimpulan memandangkan ia adalah aksi pertamanya bersama pasukan Pramac Yamaha.

Bagi pasukan itu, persembahan keseluruhan pelumba Turki itu sudah cukup mengagumkan walau masih dalam fasa untuk memahami kekuatan sebenar yang dimiliki jentera terbaharu Yamaha itu.

Advertisement

Must Watch Video